BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.
Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman:
-
Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.
-
Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.
-
Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
-
Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
KAUNTER PTPTN
DIRECT DEBIT
KAUNTER EJEN (BANK)
KIOSK PAYQUICK
POTONGAN GAJI
RAZER CASH DI 7-ELEVEN
DIGI KIOSK
E-PAY
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MENGGUNAKAN AKAUN 2 KWSP
-
Peminjam/ibu bapa boleh mengeluarkan simpanan di Akaun 2 KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN
-
Peminjam boleh memilih sama ada ingin membayar keseluruhan pinjaman / tunggakan PTPTN melalui akaun 2 KWSP
-
Peminjam yang TIDAK TAMAT pengajian boleh mengeluarkan akaun 2 KWSP bagi membuat bayaran balik PTPTN