BUKA AKAUN SSPN-i SECARA ONLINE

Akaun SSPN-i boleh di buka di kaunter PTPTN atau di kaunter-kaunter bank yang terpilih. Namun, bagi mereka yang ingin menjimatkan masa, anda boleh daftar akaun SSPN-i secara online.

Sama seperti membuka Akaun SSPN-i dengan pegawai PTPTN di kaunter Pejabat PTPTN atau di kaunter bank, anda akan diminta untuk mendepositkan minima RM20 dan masukkan ID EJEN untuk semakan Pegawai PTPTN supaya mereka boleh menghubungi anda jika berlaku masalah. .

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

SIAPA YANG BOLEH DAFTAR AKAUN SSPN-i?

  1. Akaun SSPN boleh di buka untuk yang nak sambung belajar ke IPTA / IPTS sebab ia merupakan syarat wajib untuk mohon pinjaman PTPTN.

  2. Untuk ibu bapa yang berminat buat simpanan anak bila ada duit lebih pada bila-bila masa.

  3. Untuk diri sendiri yang nak buat simpanan & ingin berpeluang menang hadiah dari SSPN & suka kan simpanan yang ada dividen.

  4. Untuk pendaftaran wajib masukkan no ID EJEN :  000006175

KENAPA PERLU BUKA AKAUN SSPN-i?

  1. Sebab nak mohon pinjaman PTPTN. Ia merupakan syarat wajib.

  2. Simpanan dijamin kerajaan.

  3. Dividen Kompetitif.

  4. Patuh Syariah.

  5. Simpanan untuk masa depan anak-anak anda.

  6. Khairat kematian bagi pendeposit sebanyak RM2,000 & Khairat kematian bagi Penerima Manfaat sebanyak RM500

NOTA:

Anak Jagaan Yang Sah = Pembukaan Akaun Anak Kandung

Akaun Lain-Lain  = Pembukaan Akaun Untuk Anak Angkat & Lain-Lain

ID EJEN: 000006175

HUBUNGI KAMI

Pautan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
​Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II,
​No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)
nor_hajar@ptptn.gov.my

whatsapp-icon-logo-BDC0A8063B-seeklogo.c
  • Facebook
  • Instagram