
Cara Bayar PTPTN online guna Cimb
Jika anda ingin membuat pembayaran melalui CIMB, berikut adalah kaedah yang boleh anda ikuti:
-
Pertama sekali, layari laman web CIMB Bank Berhad, https://www.cimbclicks.com.my.
-
Pastikan anda sudah mendaftar untuk ‘cimbcliks’ ini kerana anda perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
-
Pilih ‘Pay Bills’, kemudian pada ruangan ‘To’, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
-
Pastikan anda memilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
-
Kemudian akan keluar ruangan untuk anda isikan nombor kad pengenalan atau I/C dan juga nombor telefon anda
-
Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan pada ruangan ‘Amount and When’
-
Anda boleh klik √ pada ruangan ‘save a favourite’ untuk tujuan pembayaran secara berkala
-
Klik ‘Make Payment’
-
Simpan resit untuk rujukan,beri kepada pegawai PTPTN untuk buat semakan dan terima surat pengesahan pembayaran PTPTN.
KOD EKSEKUTIF PTPTN
-
Jika pembayaran dilakukan melalui app myPTPTN di bahagian ruangan kod eksekutif PTPTN boleh masukkan kod di bawah
-
Setelah bayaran diterima, pegawai PTPTN akan keluarkan surat pengesahan bayaran.
-
KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000006175 (nor_hajar@ptptn.gov.my)