
Cara Bayar PTPTN online guna Maybank
Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Maybank, ikuti kaedah pembayaran yang berikut:
Pertama sekali, layari laman web Maybank Berhad, http://www.maybank2u.com.my/.
-
Pastikan anda sudah mendaftar untuk ‘maybank2u’. Anda perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
-
Pilih ‘Pay’, kemudian pada ruangan ‘Pay From’, pilih ‘Savings Account-i’
Pada ruangan ‘Pay To’, pilih ‘Payee’. Pada ruangan di bawahnya, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
-
Pastikan anda memilih PTPTN -Bayaran balik pinjaman.
Apabila anda membuat pilihan pembayaran balik pinjaman, akan ‘pop-up’ satu skrin untuk anda isikan ‘Amount’, ‘Borrower I.C No’, ‘Telephone No’ dan ‘Effective Date’.
-
Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan.
-
Klik ‘Pay’ Anda boleh menambah akaun pembayaran ini sebagai ‘My Favorites’ dengan klik pada ruangan ‘+ Add New Favorite’ untuk memudahkan pembayaran secara berkala.
-
Simpan resit untuk rujukan,beri kepada pegawai PTPTN untuk buat semakan dan terima surat pengesahan pembayaran PTPTN.
KOD EKSEKUTIF PTPTN
-
Jika pembayaran dilakukan melalui app myPTPTN di bahagian ruangan kod eksekutif PTPTN boleh masukkan kod di bawah
-
Setelah bayaran diterima, pegawai PTPTN akan keluarkan surat pengesahan bayaran.
-
KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000006175 (nor_hajar@ptptn.gov.my)