Testimoni Pelanggan




“Hati tenang..”
"Selepas mendaftar SSPNi Plus untuk diri saya dan suami, kerisauan kami hampir tiada. Kami lebih tenang.. Kami selalu berbincang andai antara kami yang pergi dahulu atau hilang upaya untuk mencari pendapatan lagi.. kami berjanji yang kebajikan dan pendidikan anak-anak jangan terabai. Sebab itu kami pilih SSPN1m-i Plus.
Simpanan RM200 untuk abang dan adik setiap seorang dari kami berdua suami isteri dari usia mereka 3 bulan, kami kini lebih fokus kepada perkembangan mereka sementara menabung untuk masa depan mereka"
Seorang guru tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad lalu.
Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas 22 Januari lalu.
Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya.
"Saya memberi galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu milik iaitu hanya RM1 sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap bulan.
Seorang suri rumah di Kampung Jelutong Kota, Jalan Salor di sini menerima manfaat takaful Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) sebanyak RM112, 557 selepas suaminya meninggal dunia tahun lalu.
Nazlyzawati Mohd. Yusoff, 45, menerima manfaat itu selepas arwah suaminya, Mohd. Salahuddin Ismail membuka lima akaun SSPN-i Plus bagi diri sendiri serta keempat-empat anaknya di bawah Pakej Delima dengan komitmen bulanan sebanyak RM50.
Melalui penabungan pendidikan itu, arwah dilindungi perlindungan takaful kematian biasa sebanyak RM100,000, khairat kematian RM12,500 dan lebihan caj tabarru RM57.12.
PILIHLAH UNTUK KETENANGAN HAKIKI
SSPN-i Plus memberikan anda seribu ketenangan fikiran dalam memastikan pendidikan anak-anak terjamin. Simpanan bulanan mengikut pakej pilihan berdasarkan keperluan kewangan masing-masing serta sumbangan takaful yang murah untuk perlindungan yang komprehensif adalah keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana instrumen simpanan lain. SSPN-i Plus, Pilihan di tangan anda!

TAKAFUL 1 JUTA
Demi memastikan matlamat pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah, sertai Pakej Berlian SSPN-i Plus dan nikmati manfaat takaful sehingga RM1 juta.

SIMPAN LAH 10% GAJI
Nikmati unjuran simpanan terkumpul melebihi RM65 ribu. Juga disertakan manfaat Takaful sehingga RM80 ribu tanpa pemeriksaan kesihatan.

MULA HANYA RM50
Pakej permulaan SSPN-i Plus RM50 sebulan yang mampu disertai oleh setiap ibu bapa dengan unjuran simpanan RM15 ribu dan juga manfaat takaful sehingga RM40 ribu.

SIMPANAN RM100 RIBU
Unjuran simpanan terkumpul melebihi RM100 ribu selepas 20 tahun dengan menyertai Pakej Nilam. Juga disertakan manfaat Takaful sehingga RM80 ribu.

PAKEJ SIMPANAN RM100
Pakej SSPN-i Plus yang sangat berbaloi disertai oleh ibu bapa dengan unjuran simpanan RM34 ribu. Disertakan juga manfaat Takaful sehingga RM40 ribu.

RM1 SEHARI
Sertai Pakej Intan dengan caruman serendah RM30 sebulan yang perlu disertai oleh ibu bapa untuk setiap anak dan disertakan manfaat Takaful sehingga RM40 ribu.

Kempen Gong Xi Ang Paw SSPN
Tanda penghargaan daripada PTPTN kerana memilih SSPN sebagai pilihan utama dalam musim perayaan.

Insentif Pelepasan Cukai Kerajaan
Pendeposit layak untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM8000 dengan cara mencarum di SSPN untuk anak.

Kempen Gong Xi Ang Paw SSPN
Tanda penghargaan daripada PTPTN kerana memilih SSPN sebagai pilihan utama dalam musim perayaan.

Insentif Pelepasan Cukai Kerajaan
Pendeposit layak untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM8000 dengan cara mencarum di SSPN untuk anak.