PANDUAN PENAMBAHAN SIMPANAN SSPN-I

Langkah pertama untuk memulakan penambahan simpanan SSPN-i, klik link di bawah :

ATAU

Pastikan maklumat di isi dengan tepat mengikut ruangan yang disediakan

1. Masukkan nombor akaun SSPN-i dengan tepat pada ruangan “Nombor SSPN*”.

 

2. Masukkan amaun penambahan simpanan pada ruangan  “Amaun(RM)*”.

 

3. Semak semula “Nombor SSPN” dan “Amaun(RM)”, tekan butang “Hantar”.

Sila lakukan semakan maklumat yang dipaparkan pada skrin seperti di atas :

4. Adakah nombor akaun SSPN-i yang dipaparkan adalah betul?

 

5. Adakah amaun penambahan yang dipaparkan adalah betul?

 

6. Sekiranya maklumat 4 & 5 adalah betul , klik butang “Bayar” untuk melakukan proses deposit secara online melalui saluran FPX

Semak maklumat dan lengkapkan maklumat pada paparan skrin di atas untuk pembayaran melalui FPX

7. Pastikan amaun dipaparkan adalah betul.

 

8. Pilih bank (internet banking) yang akan digunakan untuk pembayaran bagi simpanan SSPN-i.

 

9. Masukkan emel anda yang aktif dengan tepat.

 

10. Klik(tick) pada ruangan  “I agree with the FPX Terms and Conditions”.

 

11. Klik butang “Bayar” bagi meneruskan pembayaran.

Skrin pembayaran akan dipaparkan mengikut pilihan bank yang telah dibuat. Teruskan proses pembayaran seperti biasa dimana anda perlu log masuk, semak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc. dan submit pembayaran.

Pada bahagian bawah laman transaksi online yang berjaya , sila klik “Continue with transaction” / “Return to FPX untuk membolehkan resit seperti dibawah dijana

Paparan di atas adalah resit akhir penambahan simpanan SSPN-i  secara online melalui saluran FPX.

DAPATKAN PENYATA BAKI SSPN-i ATAU PENGESAHAN PENAMBAHAN DEPOSIT PELEPASAN CUKAI ANDA SEKARANG!

 

Sila emailkan resit transaksi seperti di atas kepada :

 

nor_hajar@ptptn.gov.my

 

Pada bahagian Subject Emel masukkan:

“Penambahan & Penyata Terkini Deposit SSPN-i <No Akaun SSPN-i>”

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
​Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II,
​No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)
nor_hajar@ptptn.gov.my

Pautan

whatsapp-icon-logo-BDC0A8063B-seeklogo.c
  • Facebook
  • Instagram