
Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022
PTPTN melancarkan ganjaran kesetiaan bagi tahun 2021 kepada pendeposit yang setia bersama SSPN. Ianya sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit selain memberi dividen yang komprehensif.
Syarat Kelayakan Ganjaran
Terbuka Untuk Semua
Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2018 (“akaun yang layak”)
Penambahan Deposit
Membuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 pada akaun yang layak (tidak termasuk dividen tahun semasa)
Ganjaran 1%
Setiap akaun yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Ganjaran Kesetiaan sebanyak 1% atas simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen
Tiada Pengeluaran
Pengeluaran tidak dibenarkan daripada mana-mana akaun di bawah pendeposit yang sama dalam tempoh kempen
Kekal Aktif
Pendeposit tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan daripada akaun yang LAYAK terima Ganjaran Kesetiaan sepanjang tempoh pengekalan