Manfaat Takaful Melalui SSPN-i Plus

Sejak SSPN-i dilancarkan seringkali didapati matlamat menyimpan pendidikan untuk anak-anak itu tidak tercapai jika berlaku kematian, kehilangan upaya kekal atau menghidapi penyakit kritikal kepada ibu bapa (pendeposit).

Sehubungan dengan itu, elemen takaful yang murah dan komprehensif telah digabung kepada simpanan SSPN-i untuk memberikan kelebihan tambahan kepada pendeposit dan keluarga. Manfaat yang disediakan boleh dijadikan sebagai penggantian pendapatan dan menjaga kebajikan keluarga jika berlaku musibah sedemikian. 

pakej brochure.jpg