APAKAH  ITU SSPN PLUS ?

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
 

Sehingga 31 Mac 2019, sebanyak 302,834 akaun SSPN-i Plus telah dibuka. Daftar akaun SSPN-i Plus anda hari ini untuk menikmati pelbagai faedah dan manfaat takaful disamping memupuk amalan menyimpan demi pendidikan masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda!

Kenapa Perlu Menabung/ Menyimpan dari Sekarang

Tabung Kecemasan.jpg

Keperluan Tabung Kecemasan

Tahukah anda setiap dari kita perlu menyediakan tabung kecemasan yang boleh digunakan bila-bila masa apabila sesuatu luar jangka berlaku. Jumlah tabung kecemasan yang disarankan adalah bersamaan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji masing-masing. Tempoh 6 bulan merupakan tempoh yang selesa untuk menyesuaikan diri dalam waktu kecemasan tersebut. 

peringkat umur.jpg

Keperluan kewangan setiap peringkat umur

Setiap peringkat umur memerlukan keperluan kewangan yang berbeza. Oleh itu, kita perlu melatih diri untuk mula menyimpan demi memastikan kita menjalani kehidupan yang bebas dan lebih berkeyakinan kerana telah mempunyai sistem sokongan kewangan yang baik. 

yuran.jpg

Kesan Inflasi atas Kewangan 

Inflasi adalah faktor di luar kawalan yang tidak dirancang dalam perbelanjaan harian kita. Walau bagaimanapun, dengan tabiat menabung atau menyimpan ini, ianya serba sedikit dapat menyerap kesan inflasi ke atas kewangan kita. Harus diingat, kos pendidikan juga tidak terkecuali dari kesan inflasi ini. 

kos bertangguh.jpg

Elak Kos Bertangguh

Apa jua yang perkara yang bertangguh mempunyai implikasi kewangan yang dipanggil kos akibat bertangguh. Apatah lagi menabung! Bertangguh dalam menabung mengakibatkan sesorang tersebut tidak dapat memaksimakan pulangan simpanan atau terlepas apa jua peluang tawaran dan manfaat yang ditawarkan ketika tempoh bertangguh tersebut. 

Search Team

Budaya Menabung Amalan Yang Baik

Setiap agama amat menggalakkan budaya menabung. Ini adalah kerana budaya menabung serta berjimat cermat adalah amalan yang sangat baik dan harus dimulakan dan dipupuk dari kecil kerana ia dapat menjamin masa depan. Budaya menabung juga dapat menangani budaya meminjam dikalangan rakyat Malaysia. 

Pilihan Tepat Untuk Simpanan Masa Depan

Apa Pilihan Anda.jpeg

Anda boleh mencari pelbagai pelan simpanan terbaik ikut kemampuan anda. Bandingkan semua manfaat pelan simpanan di Malaysia. Cari pakej simpanan ideal dengan pelbagai tawaran dan nikmati keistimewaannya di sini. 

sspniplus.png
SSPN PTPTN

Deposit

RM8,000

Pulangan Atas Deposit

Pelepasan Cukai

+

+

=

RM320

Dividen Tahunan 4%

RM1,680
Kadar 21%

Total Kelebihan

RM10,000

suri rumah.jpeg

SURI RUMAH TERIMA MANFAAT SSPN-i PLUS RM112,557

testi 1.jpg

GURU TERIMA MANFAAT SSPN-i PLUS RM170 037.20

CINA.jpg

PELAJAR KEMATIAN BAPA TERIMA MANFAAT SSPN-i PLUS RM127,680

PN SARINA.jpg

PUAN SARINA MENERIMA MANFAAT SSPN-i PLUS RM127,512

DIVIDEN 2020

20 Februari 2020

Terima kasih kepada para pendeposit kerana terus mempercayai SSPN dalam menyimpan demi masa depan anak-anak anda. Dividen ini adalah untuk anda sekeluarga.

Suatu jumlah dividen yang tinggi diberikan oleh SSPN bagi tahun 2020 iaitu sebanyak 4% berbanding institusi lain yang menawarkan instrumen simpanan yang serupa

dividen 2020_2.jpg

CABUTAN WOW! SSPN-i PLUS

14 Julai 2020

Cabutan Wow! SSPN-i Plus kini kembali lagi bagi tahun 2020. Mulakan simpanan bersama SSPN-i Plus dan tambah simpanan untuk menambah peluang memenangi hadiah istimewa sepanjang tahun 2020 ini.

 

Semakan senarai pemenang tahun 2020 di sini.

cabutan_wow.jpg

PTPTN GO CASHLESS

1 Julai 2018

Bermula 1 Julai 2018 PTPTN telah mula melaksanakan Kempen Tanpa Tunai di semua cawangan PTPTN seluruh Malaysia. Oleh itu, hari Rabu setiap minggu telah dipilih sebagai hari tanpa tunai sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, penambahan simpanan SSPN-i Plus atau pembukaan akaun baru SSPN-i amatlah digalakkan menggunakan kaedah online kerana ia lebih mudah, selamat dan jimat masa.

Baca Selanjutnya..
hjg_jari_artikel.jpg

JAMINAN MASA DEPAN

20 Januari 2018

Simpanan Bulanan SSPN-i Plus menggalakkan budaya menabung dikalangan ibu bapa dari awal dan memastikan dana pendidikan tetap tersedia walau penabungan terhenti kerana ketiadaan mereka atau kehilangan upaya kekal untuk mencari sumber pendapatan bagi keluarga.

Baca Selanjutnya..
bayi sehari sspn.jpg

SSPN-i PLUS UNTUK SEMUA

20 Januari 2018

SSPN-i Plus sama seperti instrumen simpanan di mana-mana institusi kewangan lain yang menawarkan pulangan simpanan. Semua warganegara 18 tahun ke atas yang layak boleh membuka akaun SSPN-i Plus sama ada daftar untuk diri sendiri atau untuk anak sebagai penerima manfaat. Manfaatnya boleh dinikmati seluruh keluarga.

ibu-bapa2.jpg

PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN

20 Januari 2021

 

Kerajaan meneruskan pemberian pelepasan cukai taksiran pendapatan kepada ibu bapa yang membuat simpanan untuk anak-anak di SSPN-i sehingga RM8,000.00 setahun.


Insentif dari kerajaan ini memberikan kelegaan kepada ramai pembayar cukai yang menitik beratkan pendidikan anak-anak terutama dalam menyediakan dana pendidikan demi masa depan mereka.

Pelepasan cukai web.png

GANJARAN KESETIAAN

24 Februari 2021


Sempena genap usia 15 Tahun SSPN-i pada tahun 2019, Ganjaran Kesetiaan SSPN-i diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada ‘akaun SSPN-i yang setia’ membuat simpanan tanpa sebarang pengeluaran. Setiap pendeposit yang memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah akan menerima Ganjaran Kesetiaan sebanyak 1% atas simpanan yang dibuat dalam tempoh promosi bermula 24 Februari 2021 sehingga 30 April 2021.

ganjaran_kesetiaan_artikel.jpg

DIRECT DEBIT

5 Januari 2019

Cabutan ini untuk menggalakkan pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus menggunakan kemudahan Direct Debit untuk urusan penambahan deposit. Hadiah yang lumayan ditawarkan kepada pendeposit yang bertuah.

cbtn_go_direct-debit_artikel.jpg

6 SEBAB PERLU ADA SSPN-i PLUS

20 Januari 2018

SSPN-i Plus adalah pelan simpanan yang terbaik di pasaran. Untuk rekod, bilangan pendeposit telah melebihi 250,000 dari sejak dilancarkan pada Jun 2015 sehingga ke hari ini. Pendeposit SSPN-i Plus telah mula menikmati pelbagai manfaat serta membantu ibu bapa serta waris dalam perancangan kewangan.

Baca Selanjutnya..
Camping Site in Mountains

PROMOSI TERKINI

1 Jun 2021

PTPTN membuat promosi Stay Safe & Win bermula dari 1 Jun 2021 sehingga 30 September. Dengan simpanan serendah RM50, anda mungkin menjadi pemenang di SSPN..

Stay safe n win_edited.jpg