top of page

PANDUAN PENDAFTARAN E-SSPN

Pendeposit perlu melakukan pendaftaran sekali sahaja untuk menyemak baki secara online.

Langkah 1 :

Pendaftaran E-SSPN.jpg

Pastikan anda telah membuka akaun SSPN PRIME.

Sekiranya anda belum mempunyai akaun SSPN PRIME, daftar DISINI

1. Untuk pendaftaran kali pertama, sila layari portal rasmi PTPTN atau pautan pantas sila klik :

https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html

 

Langkah 2 :

Pendaftaran E-SSPN_2.jpg

Pastikan anda isi maklumat dengan tepat.

1. Masukkan nombor akaun SSPN anda.

2. Isikan alamat emel anda yang sah.

3. Salin alamat emel anda untuk pengesahan.

4. Isikan nombor ic PENERIMA MANFAAT semasa pembukaan akaun SSPN anda.

5. Isikan poskod semasa anda membuka akaun SSPN.

6. Isikan kata laluan "password" anda.

Contoh : Sspnain123#

7: Isikan semulakata laluan anda untuk pengesahan.

8. Sila isikan abjad/angka yang dipaparkan pada skrin anda.

9. Klik SIMPAN.

Langkah 3 :

Pendaftaran E-SSPN_3.jpg

Semak email anda untuk pengesahan.

1. Anda akan menerima emel setelah selesai daftar E-SSPN online.

2.. Sila semak PETI MASUK / INBOX emel anda, dan klik pautan "di sini" berwarna biru untuk pengesahan.

 

Langkah 4 :

Pendaftaran E-SSPN.jpg

Selesai daftar E-SSPN online.

1. Sila masukkan nombor kad pengenalan pendeposit tanpa simbol (-).

Contoh : 901310051112

 

2. Isikan kata laluan atau "password" yang telah anda daftarkan semasa isi pendaftaran Online E-SSPN. Rujuk langkah 2

Langkah 5 :

Pendaftaran E-SSPN_4.jpg

Semakan baki dan penyata SSPN online.

1.Klik di nombor akaun SSPN anda untuk dapatkan penyata baki terperinci.

2. Klik "di sini" di ruangan Pengeluaran SSPN untuk pengeluaran simpanan.

3. Klik "di sini" di ruangan Pendaftaran Direct Debit untuk membuat simpanan setiap bulan melalui potongan dari akaun bank.

4. Klik "di sini" di ruangan Penyata Hasil untuk mendapatkan penyata cukai.

Deposit serendah RM20 dan nikmati pelbagai keistimewaan di SSPN.

Sertai SSPN PRIME Sekarang!

bottom of page