top of page

Pelan Simpanan

Nota : * Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.

** Elaun kemasukan hospital sehingga had maksimum selama 52 minggu.

Mengapa elemen takaful perlu ditambahkan kepada instrumen simpanan SSPN-i?

Sejak SSPN-i dilancarkan seringkali didapati matlamat menyimpan pendidikan untuk anak-anak itu tidak tercapai jika berlaku kematian, hilang upaya kekal atau menghidapi penyakit kritikal kepada ibu bapa (pendeposit).

Oleh itu, elemen takaful yang ditambah kepada SSPN-i membolehkan produk simpanan ini memberikan kelebihan tambahan kepada pendeposit dan keluarga. Perlindungan komprehensif dan penggantian pendapatan mampu menjaga kebajikan keluarga jika berlaku musibah sedemikian.

Gabungan elemen simpanan dan sumbangan takaful yang murah setiap bulan mampu kekalkan matlamat kewangan anda demi masa depan yang lebih cerah.

bottom of page