Pelepasan Taksiran Cukai Melalui SSPN-i Plus

Kerajaan meneruskan pemberian pelepasan cukai taksiran pendapatan kepada ibu bapa yang membuat simpanan untuk anak-anak di SSPN-i sehingga RM8,000.00 setahun.
Insentif dari kerajaan ini memberikan kelegaan kepada ramai pembayar cukai yang menitik beratkan pendidikan anak-anak terutama dalam menyediakan dana pendidikan demi masa depan mereka.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan melebihi RM8,000
1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
2. Melalui BAJET 2019, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM3,000 di bawah Insuran Nyawa.
3. Ini bermakna pendeposit boleh menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan melalui SSPN-i Plus adalah sehingga RM11,000 setahun.
4. Namun begitu, jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.