Pengeluaran / Penutupan Akaun SSPN-i Plus
Pengeluaran
-
Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.
-
Pengeluaran yang tidak memenuhi syarat diatas tidak akan diproses.
.
Penutupan
-
Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN.
-
Pendeposit akan menerima semua simpanan dalam akaun SSPN-i termasuk dividen tahunan dan nilai simpanan pada syarikat takaful (jika ada).
-
Penutupan akaun secara automatik juga boleh berlaku jika simpanan bulanan tidak diterima melebihi tempoh 30 hari. Semua simpanan di dalam akaun SSPN-i termasuk dividen tahunan serta nilai simpanan pada syarikat takaful (jika ada) akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang diberikan semasa proses pendaftaran. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku pendeposit digalakkan sentiasa menyemak penyata dan pastikan simpanan bulanan tidak tertunggak.