PANDUAN PENGELUARAN SSPN-i SECARA ONLINE

WAKTU OPERASI

Waktu operasi sistem adalah dari jam 7.00 pagi sehinga 7.00 petang sahaja

BAKI MINIMUM

Pendeposit perlu mengekalkan baki simpanan minimum RM20

AKAUN BANK

Pendeposit perlu mempunyai akaun bank. Anda tidak dibenarkan mengisi akaun bank selain akaun bank pendeposit

TEMPOH PENGELUARAN

Proses pengeluaran mengambil masa 14 hari bekerja dari tempoh permohonan.

Langkah 1 :

Pengeluaran SSPN-i.jpg

Pastikan anda telah membuka akaun SSPN-i.

Klik di Portal Rasmi PTPTN atau [ DISINI ]

1. Isikan Nombor IC Pendeposit.

2. Isikan kata laluan atau password

Sekiranya anda belum mendaftar di Online E-SSPN, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Rujuk langkah-langkah pendaftaran

[ DI SINI ]

Langkah 2 :

Pengeluaran SSPN-i_2.jpg

Pastikan Paparan Menu adalah betul

3. Klik di ruangan Pengeluaran SSPN " klik sini" untuk meneruskan pengeluaran.

Langkah 3 :

Pengeluaran SSPN-i_4.jpg

Pastikan paparan adalah pengeluaran.

4. Klik di "Permohonan Pengeluaran" untuk meneruskan permohonan pengeluaran.

Langkah 4 :

Pengeluaran SSPN-i_5.jpg

Isi Maklumat Pengeluaran Dengan Tepat

5. Isi amoun / jumlah pengeluaran.

6. Pilih jenis akaun bank pendeposit untuk pengeluaran simpanan.

7. Isi nombor akaun bank pendeposit.

8. Isi nombor telefon anda yang aktif.

9. Isi emel anda yang aktif.

10. Klik di dalam kotak untuk pengesahan.

11. Pastikan semua maklumat telah di isi dengan tepat dan klik "hantar".

Langkah 5 :

Pengeluaran SSPN-i_6.jpg

Permohonan selesai.

12. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya di hantar. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pendeposit dalam masa 14 hari bekerja. Anda juga akan mendapat notis pengeluaran berjaya melalui emel.

Info Penting!

Sila masukkan nombor akaun bank pendeposit sahaja. Sekiranya anda telah isi dan hantar permohonan, permohonan anda akan dibatalkan. Semoga rujukan ini membantu anda.