TAMBAHAN SIMPANAN RM500 PERCUMA
Berdasarkan pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pemberian insentif khas di dalam bentuk "geran sepadan" sehingga RM500 (GS500) yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN-i.
Anak anda merupakan murid di sekolah rendah atau berusia 7 hingga 12 tahun? Anda layak menerima RM500 simpanan secara PERCUMA dengan membuka akaun simpanan SSPN-i Plus sekarang. Terhad kepada 500,000 akaun pertama sahaja. Jangan lepaskan peluang.
Syarat-syarat Geran Sepadan RM500:
-
Murid berumur 7 hingga 12 tahun atau sedang belajar di sekolah rendah pada tahun 2018.
-
Ibu bapa/penjaga dan Murid mestilah warganegara Malaysia.
-
Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.
-
Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500 di dalam tahun 2018 (tidak termasuk sumbangan takaful bagi SSPN-i Plus).
-
Seorang penerima manfaat hanya layak menerima sekali insentif GS500 sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM500.
-
Insentif GS500 hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.
Pakej Simpanan SSPN-i Plus untuk layak dapat simpanan percuma tambahan RM500:
1. Pakej Intan (RM30 sebulan) - RM750 (25 bulan)
2. Pakej Delima (RM50 Sebulan) - RM650 (13 bulan)
3. Pakej Topas (RM100 Sebulan) - RM600 (6 bulan)
4. Pakej Zamrud (RM200 sebulan) - RM600 (3 bulan)
5. Pakej Nilam (RM300 Sebulan) - RM600 (2 bulan)
6. Pakej Berlian (RM500 sebulan) - RM1,500 (3 bulan)