SOALAN SOALAN LAZIM DARI PENDEPOSIT

Saya dah ada Akaun SSPNi. Bolehkah jika saya mahu buka SSPNi PLUS? Perlu tutup akaun dulu?


Boleh. Tidak perlu tutup akaun SSPNi. Ini kerana anda atau anak anda boleh mempunyai kedua-dua akaun SSPN dengan IC pendeposit yang sama.




Adakah Akaun SSPNi Plus ini boleh dibuka di mana mana bank?


Tidak boleh. Akaun SSPNi Plus hanya boleh dibuka di Pejabat PTPTN dan secara online sahaja. Hanya akaun SSPNi sahaja boleh dibuka di kaunter-kaunter bank yang terpilih.




Jika saya dah buka akaun SSPNi Plus Pakej Intan, boleh tak nak upgrade akaun ke Pakej Delima?


Maaf. Buat masa ni, sistem upgrade belum dibuka. Anda perlu tutup akaun dahulu, dan buka semula dengan pakej yang lain.




Saya dah buka akaun SSPNi / SSPNi Plus guna nama suami sebagai pendeposit. Boleh ke saya nak buka akaun bawah nama pula? Layak cukai?


Boleh. Anak anda boleh mempunyai akaun di bawah nama suami dan nama isteri. Kedua2 layak untuk dapat pelepasan cukai untuk anak yang sama.




Umur anak saya baru 1 bulan. Bolehkah saya nak buka akaun untuk anak saya?


Boleh dan sangat digalakkan. Akaun Simpanan SSPNi / SSPNi Plus boleh dibuka seawal sehari usia anak.




Saya baru berumur 17 tahun. Bolehkah saya ingin membuka akaun SSPNi / SSPNi Plus?


Boleh. Tetapi anda perlulah meletakkan nama ibu atau ayah sebagai pendeposit manakala anda sebagai penerima manfaat. Ini kerana syarat wajib untuk buka akaun adalah berumur 18 tahun.




Bagaimana saya ingin semak baki simpanan dan penyata akaun saya?


Baki simpanan dan penyata akaun boleh disemak secara online. Anda perlu mendaftar dahulu akaun yang telah aktif. Sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar boleh hubungi mana-mana Pegawai PTPTN.





HUBUNGI KAMI

Pautan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
​Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II,
​No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)
nor_hajar@ptptn.gov.my

whatsapp-icon-logo-BDC0A8063B-seeklogo.c
  • Facebook
  • Instagram