top of page

6 Sebab Perlu Ada SSPN-i Plus

1. Ketenangan Fikiran

Tidak perlu risau tentang dana pendidikan anak. Penabungan awal membolehkan anda membuat perancangan kewangan yang lebih sempurna di samping jaminan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan serta pulangan dividen yang berpatutan.

​2. Kebajikan Keluarga

Keluarga/ waris tidak perlu bergantung harap pada ihsan dan bantuan orang jika berlaku kematian, ilat kekal atau menghidap penyakit kritikal ke atas anda yang menyara keluarga.

3. Mampu Milik

SSPN-i Plus menawarkan pakej pilihan simpanan mengikut keperluan kewangan anda.

4. Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan

Mendapat pelepasan cukai melebihi RM6,000.00* di bawah Simpanan Bersih di Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan juga di bawah Insurans Nyawa bagi sumbangan takaful.

5. Tiada Pemeriksaan Kesihatan

SSPN-i Plus adalah instrumen simpanan yang telah ditambah baik dengan manfaat takaful (insuran hayat). Anda tidak perlu buat pemeriksaan kesihatan untuk menyimpan di SSPN-i Plus kerana ia bukan lah Kad Perubatan.

6. Kempen Galakkan Menabung Yang Menarik

Usaha bagi menggalakkan budaya menabung di SSPN-i bukan sahaja diberikan oleh kerajaan dalam setiap pembentangan bajet tahunan negara. Malah anda berpeluang memenangi hadiah melalui kempen promosi Cabutan Wow! SSPN-i Plus yang dianjurkan PTPTN.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page