Simpan dan Menang Direct Debit

February 8, 2019

 

Penganjuran

  1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional [“PTPTN”] dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad [“Bank Islam”] menganjurkan Cabutan Go Direct Debit SSPN [“Cabutan”]. PTPTN dan Bank Islam secara kolektif dirujuk sebagai “ Pihak Penganjur”.

  2. Cabutan diadakan untuk menggalakkan pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus [“Pelanggan”] menggunakan kemudahan Direct Debit untuk urusan penambahan deposit.

  3. Promosi Cabutan ini bermula dari 10 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019 [“Tempoh Promosi”] dan Cabutan akan dibuat selepas tempoh promosi. Pihak Penganjur berhak menukar atau meminda tarikh dan/atau Tempoh Promosi sekiranya perlu.

Penyertaan dan Kelayakan Cabutan

  1. Penyertaan Cabutan ini adalah terbuka kepada semua Pelanggan melainkan:

    1. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);

    2. Kakitangan Bank Islam dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak); dan

    3. Kakitangan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) (merangkumi merangkumi pasangan dan anak-anak).

Mekanisma Cabutan

  1. Pelanggan yang berjaya mendaftar Direct Debit melalui e-Mandate semasa tempoh promosi akan mendapat satu (1) kelayakan cabutan.

  2. Peserta yang layak akan ditentukan oleh PTPTN berdasarkan pendaftaran yang berjaya melalui Direct Debit e-Mandate semasa tempoh promosi.

  3. Cabutan dan makluman kepada pemenang akan diuruskan oleh PTPTN.

Hadiah & Pemilihan Pemenang

  1. Pelanggan berpeluang memenangi hadiah seperti berikut:

  1. Hadiah berbentuk ganjaran tunai akan dikreditkan ke dalam akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus (di bahagian simpanan) yang dimenangi.

  2. Pelanggan hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang Cabutan ini.

  3. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukarkan dengan barangan lain secara sebahagian atau sepenuhnya.

  4. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon/ SMS/ surat/ emel/ paparan atau siaran di portal rasmi PTPTN atau melalui mana-mana kaedah komunikasi lain yang sesuai dipilih atas budi bicara mutlak PTPTN.

  5. Segala perbelanjaan dan kos yang terlibat ketika menyertai Cabutan ini atau ketika menuntut hadiah adalah atas tanggungan peserta/pemenang.

  6. Sekiranya Pihak Penganjur atas apa jua sebab tidak dapat menghubungi pemenang di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengumuman, kemenangan dan hadiah yang ditawarkan adalah terbatal.

Terma & Syarat

  1. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati Pelanggan tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan.

  2. Keputusan pemenang oleh Pihak Penganjur adalah muktamad serta terikat dan menyeluruh, sebarang surat-menyurat, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

  3. Setiap pemenang bersetuju membenarkan Pihak Penganjur memaparkan atau menggunakan gambar/ nama pemenang atau hal-hal berkaitan pemenang untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan sebagainya termasuk paparan di portal rasmi PTPTN, media atau suratkhabar tempatan tanpa sebarang pemberitahuan atau kebenaran tambahan pemenang. Pemenang tidak berhak membuat sebarang tuntutan atau pampasan berikutan dari tujuan pengiklanan publisiti di atas.

  4. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut. Pemenang bersetuju melepaskan dan memutuskan bahawa Pihak Penganjur bebas dan tidak terikat terhadap sebarang liabiliti.

  5. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab walau dalam apa jua keadaan terhadap sebarang kegagalan/ kesilapan teknikal, elektronik atau apa jua di luar kuasa Pihak Penganjur dalam pengurusan dan pemprosesan Cabutan ini.

  6. Dengan menyertai Cabutan ini, para peserta/ pelanggan bersetuju mematuhi Syarat Dan Peraturan Cabutan Go Direct Debit SSPN dan keputusan Pihak Penganjur.

  7. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menggantung program Cabutan ini dengan memberikan notis tidak kurang empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan ataupun penggantungan program Cabutan tersebut berkuatkuasa. Kaedah pemakluman adalah sama ada secara bertulis atau melaui media elektronik atau melalui notis yang diletakkan di pejabat cawangan Penganjur dan juga laman web. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang pindaan, pembatalan atau penggantungan program Cabutan oleh pihak Penganjur tidak melayakkan Pelanggan yang menyertai program Cabutan ini untuk sebarang tuntutan ataupun gantirugi terhadap pihak Penganjur ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pindaan, pembatalan atau penggantungan program Cabutan tersebut.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

SSPN-i Plus Memenuhi Apa jua Matlamat Kewangan Anda

February 12, 2019

1/2
Please reload

Recent Posts

February 12, 2019

February 8, 2019

February 6, 2019

January 16, 2018

January 16, 2018

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square