Ganjaran Kesetiaan SSPN

SSPN berbesar hati memperkenalkan Ganjaran Kesetiaan SSPN-i sempena sambutan ke-15 Tahun SSPN-i sebagai tanda penghargaan kepada pendeposit yang setia membuat simpanan dan kekal bersama SSPN-i.
Pendeposit yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Ganjaran Kesetiaan sebanyak 0.5% atas simpanan yang dibuat dalam tempoh promosi. Tempoh promosi adalah selama empat (4) bulan bermula 1 Januari 2019 sehingga 30 April 2019.
Syarat-syarat kelayakkan adalah seperti berikut :
Akaun SSPN-i dibuka sebelum tahun 2016;
Mempunyai transaksi simpanan dalam tahun 2016 hingga 2018;
Tiada pengeluaran dibuat dalam tahun 2016 hingga 2018;
Baki simpanan mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 pada 31 Disember 2018; dan
Membuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 dalam tempoh promosi tanpa ada pengeluaran dari mana-mana akaun di bawah pendeposit yang sama.
Teruskan kesetiaan anda bersama SSPN untuk terus menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran istimewa yang berterusan.
Semakan Pendeposit Program Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2019, klik di sini
Terma & syarat, klik di sini
Soalan lazim, klik di sini