SSPN-i Plus Memenuhi Apa jua Matlamat Kewangan Anda

February 12, 2019

SSPN-i Plus adalah pelan simpanan yang boleh dibuka oleh semua warganegara yang berkelayakan. Simpan untuk anak-anak atau simpan bagi tujuan pendidikan adalah BUKAN syarat wajib bagi pembukaan akaun SSPN-i Plus. SSPN-i Plus boleh disimpan oleh semua untuk apa jua matlamat kewangan anda. Oleh itu, orang bujang atau yang masih belum mempunyai anak juga masih boleh membuka akaun SSPN-I Plus ini dan menikmati kelebihan di bawah:

 

  1. Pulangan kadar dividen kompetitif berbanding institusi kewangan yang lain. Pada tahun 2018, PTPTN telah mengumumkan kadar 4% setahun iaitu suatu kadar yang lebih baik di dalam pasaran.

  2. SSPN-I Plus dilengkapi perlindungan melalui sumbangan takaful yang murah dan komprehensif. Manfaat perlindungan yang ditawarkan juga adalah lebih menarik berbanding manfaat perlindungan dari pengendali takaful yang lain.

  3. Bahagian simpanan atau kadang-kadang lebih dikenali sebagai takaful cum investment, adalah lebih tinggi. Contoh seperti pakej Delima (RM50 sebulan) mempunyai Simpanan RM40 dan Sumbangan Takaful hanya RM10 sahaja.  Ini adalah kerana SSPN-I Plus sebenarnya merupakan produk simpanan sepertimana yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang lain. Walau bagaimanapun, pelan ini telah ditambah baik dengan manfaat perlindungan bagi melengkapkan asas kewangan yang kukuh bagi seseorang individu.

  4. Simpanan secara potong gaji atau Auto Debit dan Direct Debit melatih budaya menabung yang betul melalui 6 pilihan pakej simpanan bulanan mengikut keperluan kewangan masing-masing. Samada RM30, RM50, RM100, RM200, RM300 atau RM500 sebulan? Pilihan ditangan anda. Tepuk dada, lihatlah masa depan.

  5. Layak menyertai semua kempen cabutan simpan dan menang yang diadakan setiap tahun kepada pendeposit baru dan sedia ada.

  6. Pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja jika anda memerlukan simpanan anda untuk apa-apa keperluan mendesak pada masa hadapan. Duit anda, hak anda. SSPN-I Plus hanya membantu anda untuk menyimpan duit anda disamping menikmati pelbagai keistimewaan.

  7. Simpanan di SSPN-i Plus adalah dijamin kerajaan dan patuh syariah.

 

 

Oleh itu, jika ada dikalangan anda yang sedang atau ingin memulakan asas perancangan kewangan bagi diri atau keluarga. SSPN-I Plus lah jawapannya. Ingat! Simpanan di SSPN-i Plus bukan sekadar untuk pendidikan anak-anak malah untuk apa jua matlamat kewangan anda.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

SSPN-i Plus Memenuhi Apa jua Matlamat Kewangan Anda

February 12, 2019

1/2
Please reload

Recent Posts

February 12, 2019

February 8, 2019

February 6, 2019

January 16, 2018

January 16, 2018

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square