PERBEZAAN AKAUN SSPN-I DAN SSPNI-PLUS
Terdapat beberapa perbezaan bagi kedua-dua produk PTPTN ini namun objektifnya tetap sama.
Objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman. Kedua-dua skim simpanan SSPN -i dan SSPN -i Plus ini adalah pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Berikut adalah ciri ciri akaun SSPN -i Plus
-
Komitmen menabung, paling minimum sebanyak RM30 sebulan
-
Mempunyai sumbangan takaful sebanyak RM10 sebulan atau mengikut pakej yang telah dipilih.
-
Manfaat takaful dari akaun SSPN -i Plus adalah seperti berikut
-
Manfaat kematian /ilat kekal (kemalangan) sehinga RM1,000,000.00
-
Manfaat kematian /ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.00
-
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.00
-
Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.00
-
Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
-
Khairat kematian mengikut pakej:
-
Pendeposit – sehingga RM18,000.00
-
Pasangan – sehingga RM9,000.00
-
3 anak – sehingga RM2,000.00 seorang
-
-
-
Pelepasan taksiran cukai pendapatan
-
Sehingga RM8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan akaun SSPN -i Plus tahun semasa.
-
Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan iaitu sehingga RM7,000.00 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa
-
Baca artikel Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan dengan Akaun SSPN -i Plus untuk maklumat lanjut
-
-
Tiada geran sepadan diberikan
AKAUN SSPN-I PLUS
Berikut adalah ciri-ciri akaun SSPN-i.
-
Tiada komitmen minimum bulanan yang diperlukan
-
Sumbangan takaful adalah percuma bagi pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan keatas sahaja.
-
Manfaat takafaul akaun SSPN -i adalah kurang dari akaun SSPN -i plus, seperti berikut
-
Manfaat kematian /ilat kekal disebabkan kemalangan – ringgit ke ringgit
-
Maafaat kematian /ilat kekal (biasa) – ringit ke ringgit
-
Tiada manfaat ilat kekal separa
-
Tiada manfaat 36 penyakit kritikal
-
Tiada elaun kemasukan hospital
-
Khairat kematian
-
Pendeposit RM2,000
-
Penerima manfaat RM500
-
-
-
Pelepasan taksiran cukai pendapatan
-
Sehingga RM8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN -i dan SSPN -i Plus tahun semasa
-
-
Geran sepadan diberikan kepada keluarga yang layak sehingga RM10,000.00